Piet Retief
Piet Retief

Piet Retief

Pieter Mauritz Retief (12 November 1780 - 6 Februari 1838) adalah seorang pemimpin Boer Voortrekker yang terkenal dan merupakan tokoh penting dalam peristiwa Great Trek atau migrasi besar-besaran bagi peneroka Boer. Beliau telah menjadi jurucakap golongan petani di sempadan Cape Colony yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran British, dan menulis pernyataan Voortrekker sebelum mereka meninggalkan jajahan British tersebut.Beliau juga mencadangkan Natalia sebagai destinasi akhir penghijrahan mereka dan memilih lokasi itu untuk menjadi ibu kota masa Boer pada masa hadapan. Malangnya, impian Piet Retief tidak kesampaian apabila beliau dan rombongannya dibunuh dengan kejam oleh Raja Zulu Dingane dan kaum Zulu. Pembunuhan besar-besaran Retief dan rombongannya dan pemusnahan beberapa kem Laager Voortrekker di kawasan bandar Weenen menyebabkan Pertempuran Sungai Darah di Sungai Ncome. Pihak Boer telah berjaya menewaskan tentera Zulu dan membuka Republik Natalia dengan ibu negerinya bernama Pietermaritzburg sempena nama Piet Retief yang terkorban. Kerajaaan Republik Natalia Boer tidak lama bertahan, akibat pemerintahan yang tidak berkesan dan dengan mudah tunduk kepada penjajah British.

Piet Retief

Dikebumikan KwaMatiwane, uMgungundlovu
28°25′37″S 31°16′12″E / 28.42694°S 31.27000°E / -28.42694; 31.27000 (Hlomo amabuto)
Pasangan Magdalena Johanna Greyling (sebelum kahwin: De Wet) (1782–1855)
Ibu bapa Jacobus Retief (1754–1821)
Debora Joubert (c.1749–1814)
Anak Debora Jacoba (1815–1901)
Jacobus Francois (1816– )
Magdalena Margaretha (1820–1884)
Pieter Cornelis (1823–1838)
Warganegara Boer, Afrika Selatan
Meninggal dunia 6 Februari 1838(1838-02-06) (umur 57)
KwaMatiwane, berhaampran dengan Hlomo amabuto, uMgungundlovu
Sebab kematian Dipukul hingga mati oleh orang Zulu
Kelahiran
Pieter Mauritz Retief

(1780-11-12)12 November 1780

Rujukan

WikiPedia: Piet Retief http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p134976983 http://isni.org/isni/0000000022274855 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Piet_... https://id.loc.gov/authorities/names/n81134983 https://web.archive.org/web/20060924143751/http://... https://web.archive.org/web/20090227074228/http://... https://web.archive.org/web/20100126230017/http://... https://viaf.org/viaf/11177627 https://www.wikidata.org/wiki/Q982129# https://www.worldcat.org/identities/lccn-n81134983